27 Januari 2025- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Negeri Sabah dengan meninjau Projek Pembinaan Pusat Pakar Pergigian Sabah.
Ketibaan YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad diiringi oleh YBrs. Dr. Maria Suleiman, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah dan YBhg. Datuk Philemon Lajawai, Pengarah JKR Negeri Sabah.
Sesi lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas berkaitan status terkini berkaitan projek telah disampaikan oleh En. Zulkefli bin Salip Arjud, Jurutera Bahagian, JKR Kota Kinabalu.
Pembinaan Pusat Pakar Pergigian Sabah ini dimulakan pada 6 Disember 2019 ini bertujuan memberikan rawatan kepakaran pergigian non-hospital based yang berkualiti tinggi dan profesuonal setanding dengan piawaian antarabangsa disamping menyediakan latihan dan pendidikan berterusan kepada profesional pergigian di Borneo.
Kini projek Pusat Pakar Pergigian Sabah ini dalam peringkat akhir sebelum penyerahan bangunan oleh JKR Sabah kepada KKM dalam masa terdekat.
Turut hadir, YBrs Dr. Fauziah binti Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Pergigian), Puan Zanawiah binti Hassan, wakil Bahagian Sumber Manusia, Encik Mohd Saiful bin Mohd Zain, Wakil Bahagian Pembangunan, KKM, YBrs. Dr Siti Sarah binti Mohf Shukor, Wakil Bahagian Perancangan, KKM, Pegawai-pegawai Kanan KKM dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-02-04 14:29:07 daripada UKK Norhanita













