MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

MESYUARAT JAWATANKUASA KABINET MENANGANI DENGGI BIL 1/2025 OLEH YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH DI PUTRAJAYA.

28 Januari 2025- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Denggi Bil 1/2025 yang dipengerusikan oleh YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah di Putrajaya.

Mesyuarat ini diadakan bagi menyatukan usaha dan tindakan kolektif dalam usaha pencegahan serta kawalan wabak denggi di Malaysia. Ia melibatkan penyertaan 14 kementerian bersama semua Pejabat Menteri Besar dan Ketua Menteri, bagi menangani isu denggi di negara ini.

Bagi memperkukuh pelaksanaan langkah-langkah pencegahan dan kawalan denggi melalui pendekatan Whole of Nation, beberapa keputusan telah dibuat dalam mesyuarat ini.

Turut hadir YB Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), YBhg Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), beserta Timbalan-Timbalan Menteri dan Exco-Exco Kesihatan Negeri.

#KKMPrihatin

#MalaysiaSihat

#MalaysiaMADANI

#TaatSetia

image image image

Kemaskini pada 2025-02-04 14:33:47 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page