6 Februri 2025- YB Datuk Seri Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah melawat fasiliti kesihatan dan menyantuni petugas kesihatan di Klinik Kesihatan (KK) Lanang, KK Jalan Oya, KK Sibu Jaya dan Hospital Sibu. Beliau telah diiringi oleh YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.
Dengan peningkatan jumlah mangsa kepada 12,319 orang dan 39 fasiliti kesihatan terjejas, pasukan perubatan serta kesihatan dari JKN Sarawak terus memastikan perkhidmatan kesihatan tidak terputus di kawasan terjejas banjir.
Sebanyak 32 fasiliti telah kembali beroperasi, namun masih ada 7 fasiliti kesihatan yang belum dapat berfungsi sepenuhnya. Langkah-langkah alternatif telah diambil bagi memastikan rawatan dan perkhidmatan kesihatan tetap dapat diberikan kepada pesakit.
Terima kasih kepada semua petugas kesihatan yang berkhidmat tanpa henti demi rakyat.
#KKMPrihatin #MalaysiaSihat #SihatBersama #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-02-12 12:56:34 daripada UKK Norhanita