8 Februari 2025- YB Datuk Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, telah memulakan lawatan kerja rasmi beliau ke Pulau Pinang dengan mengadakan lawatan ke Klinik Kesihatan (KK) Butterworth.
Lawatan ini dimulakan dengan sesi taklimat oleh Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai projek pembaikan dan naik taraf bangunan, sistem kejuruteraan, serta infrastruktur di klinik-klinik kesihatan negeri ini.
Dalam sesi lawatan ini turut diadakan majlis penyerahan peralatan fisioterapi yang dihadiri oleh YB Tuan Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Bagan. Inisiatif ini bertujuan untuk memperkasakan kemudahan fisioterapi di KK ini, sekaligus memberi manfaat kepada pesakit yang memerlukan rawatan pemulihan fizikal.
YB Menteri Kesihatan turut meluangkan masa meninjau fasiliti di sekitar KK Butterworth serta Makmal Keselamatan & Kualiti Makanan Pulau Pinang, yang memainkan peranan penting dalam memastikan tahap keselamatan makanan di negeri ini terjamin.
Lawatan ini mencerminkan komitmen KKM dalam memperkukuh sistem perkhidmatan kesihatan awam melalui peningkatan taraf infrastruktur dan pemodenan kemudahan bagi kesejahteraan rakyat.
Turut hadir YB Tuan Gooi Zi Sen, Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, YB Tuan Kumaran Krishnan, ADUN Bagan Dalam, YB Tuan Chee Yeeh Keen, ADUN Bagan Jermal, YB Senator Dr. Lingeshwaran a/l Dato’ Seri R.Arunasalam, Ahli Dewan Negara, YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KKM, YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM, YBrs. Dr. Fauziah binti Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Pergigian) KKM, YBrs. Puan Norhaliza binti A. Halim, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perkhidmatan Farmasi) KKM, YBhg. Dato’ Dr. Fazilah binti Shaik Allaudin, Pengarah Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-02-12 14:16:11 daripada UKK Norhanita