MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

PERASMIAN WELLNESS HUB SEBERANG PERAI UTARA DI KLINIK KESIHATAN (KK) SUNGAI DUA PULAU PINANG.

8 Februari 2025- YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah merasmikan Wellness Hub Seberang Perai Utara di Klinik Kesihatan (KK) Sungai Dua, Pulau Pinang.

Wellness Hub Seberang Perai Utara merupakan salah satu daripada 33 Wellness Hub yang telah dibangunkan di seluruh negara. Penubuhan Wellness Hub ini adalah selaras dengan matlamat negara untuk beralih daripada ‘Sick Care’ kepada ‘Health Care’, yang memfokuskan kepada pencegahan penyakit dan promosi kesihatan.

Penubuhan Wellness Hub Seberang Perai Utara juga selaras dengan Tonggak Kedua, Kertas Putih Kesihatan (Health White Paper, HWP) yang menekankan kepentingan usaha untuk mempromosikan pendidikan kesihatan dan pencegahan penyakit di seluruh negara.

Melalui penubuhan fasiliti ini, adalah diharapkan tahap literasi kesihatan individu dapat dimantapkan agar setiap individu masyarakat mahir dalam penjagaan kesejahteraan kesihatan diri, keluarga, rakan dan komuniti.

Program atau aktiviti di Wellness Hub ini juga melibatkan semua lapisan masyarakat dan organisasi dengan menggunakan pendekatan “whole of nation”.

Turut hadir YB Tuan Gooi Zi Sen, Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KKM, YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM, YBhg. Datuk Dr. Nor Fariza binti Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan & Sokongan Teknikal), YBrs. Dr. Fauziah binti Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Pergigian) KKM, YBrs. Puan Norhaliza binti A. Halim, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perkhidmatan Farmasi) KKM, YBhg. Dato’ Dr. Fazilah binti Shaik Allaudin, Pengarah Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2025-02-12 14:23:47 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page