MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

LAWATAN KERJA YB MENTERI KESIHATAN KE KLINIK DESA PERMATANG SINTOK, DAERAH SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG

8 Februari 2025- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah meneruskan lawatan kerja rasmi ke Klinik Desa Permatang Sintok, Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

Lawatan ini diadakan bagi meninjau kemajuan projek naik taraf yang telah siap sepenuhnya serta memastikan kemudahan kesihatan luar bandar sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik.

Klinik Desa Permatang Sintok telah bermula beroperasi sejak 30 Januari 1962 sebagai Klinik Bidan sebelum dinaik taraf kepada Klinik Desa pada tahun 1979. Dengan lebih 7,000 kunjungan tahunan, klinik ini amat penting dalam penyediaan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk sekitar.

Antara perkhidmatan kesihatan yang disediakan termasuk:

1. Penjagaan ibu hamil & postnatal;

2. Kesihatan kanak-kanak;

3. Perancang keluarga & pap smear; dan

4. Klinik pesakit luar.

Dengan selesainya projek naik taraf ini, Klinik Desa Permatang Sintok kini telah beroperasi dengan lebih baik dan selesa, sekaligus memperkukuh usaha kerajaan dalam menyediakan kemudahan kesihatan yang lebih berkualiti serta mampan.

Turut hadir YB Tuan Gooi Zi Sen, Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, YB Dato’ Seri Reezal Merican bin Naina Merican, ADUN Bertam, YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KKM, YBhg. Datuk Dr. Nor Fariza binti Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan & Sokongan Teknikal) dan YBhg. Dato’ Dr. Fazilah binti Shaik Allaudin, Pengarah Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.

image image image

Kemaskini pada 2025-02-12 15:43:09 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page