MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

LAWATAN KERJA RASMI YB MENTERI KESIHATAN KE HOSPITAL KEPALA BATAS

8 Februari 2025- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, telah mengakhiri lawatan kerja rasmi beliau di Pulau Pinang dengan mengadakan lawatan ke Hospital Kepala Batas.

Sebagai hospital utama di Daerah Seberang Perai Utara, Hospital Kepala Batas telah berkembang pesat sejak penubuhannya pada tahun 2003 dan kini berperanan sebagai Hospital Pakar Minor dalam Hospital Kluster Seberang Perai, bersama Hospital Seberang Jaya, Hospital Bukit Mertajam dan Hospital Sungai Bakap.

Kini, Hospital Kepala Batas mempunyai sebanyak 134 katil dengan perkhidmatan pakar dalam bidang-bidang seperti perubatan, pembedahan, O&G, pediatrik, anestesia dan kecemasan, menjadikan hospital ini sebagai pusat rawatan penting bagi penduduk Seberang Perai Utara.

Turut hadir YB Tuan Gooi Zi Sen, Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, YB Dato’ Seri Reezal Merican bin Naina Merican, ADUN Bertam, YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KKM, YBhg. Datuk Dr. Nor Fariza binti Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan & Sokongan Teknikal), YBhg. Dato’ Dr. Fazilah binti Shaik Allaudin, Pengarah Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan YBrs. Dr. Norhasimawati binti Abdul Mutalib, Pengarah Hospital Kepala Batas.

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2025-02-12 15:48:04 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page