9 Februari 2025- YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah meneruskan lawatan kerja rasmi ke Klinik Desa Junjong, Kulim, Kedah.
Klinik Desa Junjong, Kulim telah mula beroperasi sebagai klinik bidan sejak tahun 1960. Klinik Desa ini telah dinaik taraf dan telah siap sepenuhnya pada Ogos 2024.
Klinik tersebut memberikan perkhidmatan kesihatan kepada seramai 7,483 orang penduduk sekitar dengan purata harian kedatangan pesakit seramai 25 orang sehari.
Antara perkhidmatan kesihatan yang disediakan termasuk:
1. Perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Anak
2. Perkhidmatan Kesihatan Reproduktif dan Perancang Keluarga
3. Perkhidmatan Kesihatan Komuniti
4. Saringan Warga Emas
5. Saringan NHSI Dan Peka B40
YB Dato Lukanisman meluangkan masa untuk meninjau fasiliti kesihatan baharu dan kemudahan yang disediakan di klinik tersebut di samping beramah mesra dan menyantuni warga kerja di Klinik Desa Junjong, Kulim.
Turut hadir, YBrs Dr. Ismuni Bohari, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah dan YBrs Dr. Mohd Zukri Ibrahim, Pegawai Kesihatan Daerah Kulim.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-02-12 16:06:49 daripada UKK Norhanita