MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL KEDAH SIHAT 2025 DI KULIM, KEDAH.

9 Februari 2025- YB Dato’ Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Karnival Kedah Sihat 2025 di Kulim, Kedah.

Karnival yang berlangsung selama tiga hari ini telah dianjurkan sempena Perasmian Wellness Hub Kulim dan Penyerahan Kunci Pusat Rekod Perubatan Zon Utara.

Wellness Hub Kulim ini merupakan Wellness Hub ketiga di negeri Kedah dan yang ke-31 di seluruh negara. Wellness Hub yang beroperasi sepenuhnya sejak 1 Januari 2025 ini mempunyai kemudahan seperti Penilaian Faktor Risiko Kesihatan, Runding Cara Hidup Sihat, Saringan Kecergasan, Pengurusan Berat Badan (IFitER), Wellness Studio, Perkhidmatan Berhenti Merokok, Galeri Info Sihat dan Mini Gimnasium yang memberikan kemudahan kepada komuniti setempat untuk bergiat aktif dan cergas sepanjang masa.

Di samping itu, YB Dato Lukanisman juga telah berkesempatan untuk menyampaikan Anugerah Rakan Strategik Terbaik Negeri Kedah dan Anugerah MyChampion Terbaik Negeri Kedah.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan sentiasa komited untuk meningkatkan pelbagai aktiviti di Wellness Hub di seluruh negara dalam usaha meningkatkan tahap kesedaran di dalam kalangan komuniti tentang penjagaan kesihatan yang berterusan dan mengalakkan komuniti menjalankan aktiviti fizikal.

Turut hadir, YBrs Puan Suraiya binti Syed Mohamad, Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan KKM, YBrs Tuan Ts. Mahamad Sukor Senapi, Pengarah Pematuhan dan Pembangunan Industri, Program Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM, YBrs Dr. Ismuni Bohari, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, YBrs Dr. Noraryana Hassan, Timbalan Pengarah Bhgn Kawalan Penyakit, YBhg Dato’ Haji Elmi Yusoff, YDP Majlis Perbandaran Kulim Kedah dan YBrs Tuan Haji Mohd Zaini bin Haji Ramli, Pegawai Daerah Kulim.

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2025-02-12 16:18:04 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page