MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

PERASMIAN KONVENSYEN KESIHATAN MENTAL 2025 DI BANGI AVENUE CONVENTION CENTRE.

19 Februari 2025- YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah merasmikan Konvensyen Kesihatan Mental 2025 di Bangi Avenue Convention Centre.

Dengan tema Mental Health for All: Every Stage, Every Age, konvensyen ini merupakan platform perkongsian ilmu dan pengalaman berkaitan kesihatan mental merentas pelbagai peringkat umur dalam bidang kesihatan mental.

Stigma dan diskriminasi terhadap pesakit mental masih merupakan cabaran utama pada masa kini. Mitos dan salah faham terhadap individu yang mempunyai masalah dan penyakit mental menyebabkan individu ini tidak tampil mendapatkan rawatan Justeru, YB Menteri Kesihatan turut melancarkan War on Stigma semasa sesi konvensyen ini sebagai inisiatif untuk mendidik masyarakat mengubah persepsi negatif berkaitan kesihatan mental ke arah yang lebih positif.

Usaha ini dilaksanakan melalui Kempen Hentikan Stigma, Kesihatan Mental Milik Semua untuk meningkatkan tahap literasi masyarakat tentang kepentingan penjagaan kesihatan mental.

Melalui kempen ini juga, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakan Siri Jelajah Minda Sihat yang melibatkan lima (5) negeri termasuk Selangor, WP Kuala Lumpur, Kedah, Melaka dan Pahang. Jelajah Minda Sihat ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan mempromosikan kesihatan mental kepada masyarakat melalui aktiviti advokasi serta pelbagai program berbentuk interaktif kepada masyarakat dari pelbagai peringkat umur.

Majlis turut dihadiri YBhg Datin Seri Azlin Hj. Hezri, Penaung PUSPANITA KKM,YBhg Dato’ Zahrul Hakim Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBhg Datuk Dr. Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) merangkap Penaung Konvensyen Kesihatan Mental Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 dan YBrs Dr. Nurashikin Ibrahim, Pengarah Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH).

image image image
image image image

Kemaskini pada 2025-03-10 08:43:33 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page