19 Februari 2025- YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Future Healthcare Asia 2025 di Hotel Pullman KLCC, Kuala Lumpur.
Acara yang mengangkat tema “Empowering Malaysian Healthcare, From Policy To Practice” ini berlangsung selama dua hari ini merupakan sebuah perhimpunan yang membincangkan isu-isu berkaitan cabaran semasa, trend dan teknologi yang bakal membentuk masa hadapan industri perubatan dan penjagaan kesihatan di rantau Asia.
YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad turut meluangkan masa melawat pameran-pameran yang menyediakan produk dan perkhidmatan kesihatan oleh pempamer dalam dan luar negara.
Turut hadir Encik lan Alexander Ross, Pengarah Urusan Asia Events Group dan Puan Idamazura Idris @ Harun, Pengarah Bahagian Pascapasaran & Penguatkuasaan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-03-10 08:54:00 daripada UKK Norhanita