MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

OPERASI PENGUATKUASAAN BERSEPADU BAGI 2 AKTA BERKAITAN KESIHATAN AKTA KAWALAN PRODUK MEROKOK DEMI KESIHATAN AWAM 2024 [AKTA 852] DAN AKTA MAKANAN 1983 [AKTA 281]

20 Februari 2025- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menyertai satu operasi penguatkuasaan bersepadu bagi 2 Akta berkaitan Kesihatan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852] dan Akta Makanan 1983 [Akta 281] yang diadakan di pasar malam dan premis makanan di Sungai Besi, Cheras Kuala Lumpur.

Operasi ini dijalankan untuk mencapai dua objektif utama iaitu; Penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852] yang akan berkuatkuasa pada 1 Apri 2025 dan juga Penguatkuasaan Akta Makanan 1983 [Akta 281] yang menekankan keselamatan dan kualiti makanan.

Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852] akan berkuatkuasa pada 1 April 2025 yang akan membawa perubahan besar dalam cara produk merokok dijual. Bermula dengan pendaftaran setiap produk merokok, kawalan ketat akan dikenakan di kaunter jualan dan kedai khas. Selain itu, setiap premis wajib mempamerkan tanda amaran larangan merokok dan larangan penjualan produk merokok kepada orang belum dewasa (OBD). Langkah ini diambil untuk melindungi generasi muda dan mengurangkan kesan buruk merokok kepada masyarakat. Manakala peruntukan mengenai pembungkusan dan pelabelan, akan dikuatkuasakan mengikut produk (product-by-product) pada fasa seterusnya, selewat-lewatnya 1 Oktober 2025.

Penguatkuasaan Akta 281 pula menitiberatkan aspek keselamatan dan kualiti makanan dengan memastikan setiap pengendali makanan menjalani Latihan Pengendali Makanan dan memperoleh sijil sah melalui kursus yang diiktiraf oleh KKM. Selain itu, pengendali makanan juga diwajibkan untuk mendapatkan vaksinasi tifoid setiap tiga tahun daripada pengamal perubatan berdaftar. Akta ini turut memberi penekanan kepada penjagaan kebersihan premis, peralatan, dan persekitaran, serta memastikan penyediaan, penyimpanan, dan pengendalian makanan dilakukan dengan bersih dan selamat.

Bermula 1 Oktober 2024 sehingga 3 Februari 2025, sebanyak 160 operasi melibatkan Akta 852 telah dijalankan di seluruh WP Kuala Lumpur dan Putrajaya. Sebanyak 1,430 notis bagi kesalahan di bawah Seksyen 16 iaitu larangan merokok di kawasan larangan merokok telah dikeluarkan. Operasi pada kali ini yang telah dijalankan daripada 5 hingga 19 Februari 2025. Sebanyak 299 premis di pasar malam dan kawasan di sekitarnya telah diperiksa. Hasil pemeriksaan, sebanyak 105 notis kesalahan telah dikeluarkan di bawah Akta 852 dan Akta 281.

Program pada hari ini juga turut mempromosikan Kempen ‘War on Sugar’. Kerjasama dan sokongan pengusaha di sini dalam mengurangkan gula kepada 1 sudu teh bagi setiap minuman yang dijual dan menerima pesanan minuman tanpa gula adalah sangat digalakkan, selari dengan tagline ‘1 Sudu Teh Dah Cukup, Kurang Lebih Baik, Tiada Terbaik!’.

Turut menyertai operasi, YBhg Dato' Sri Suriani binti Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia dan YBhg Datuk Dr Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan.

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2025-03-10 09:04:27 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page