MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

PELANCARAN INISIATIF SENAMAN RINGAN ATAU X-BREAK INSTITUSI PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN

20 Februari 2025- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan dan YB Tuan Wong Kah Woh, Timbalan Menteri Pendidikan telah melancarkan Inisiatif Senaman Ringan atau X-BREAK Institusi Pendidikan Peringkat Kebangsaan, di SMK Kiaramas, Kuala Lumpur.

Senaman ringan atau X-BREAK merupakan aktiviti regangan ringkas untuk tempoh yang pendek (dua (2) hingga lima (5) minit) semasa waktu persekolahan bagi meningkatkan kadar nadi. Senaman ringan atau X-BREAK yang diperkenalkan pada tahun 2019 merupakan langkah strategik yang terbukti berkesan dalam meningkatkan tahap kesihatan dan produktiviti di sektor awam dan swasta.

Sebagai permulaan, inisiatif ini akan dilaksanakan melalui aktiviti Kelab Doktor Muda di sekolah rendah dan menengah. Sehingga Januari 2025, sebanyak 3,530 sekolah rendah dan 900 sekolah menengah telah menubuhkan Kelab Doktor Muda yang juga merupakan aktiviti kokurikulum. Guru penyelaras Kelab Doktor Muda akan dilatih melalui pakej HePiLI bermula April 2025. Murid yang juga sebagai ahli Kelab Doktor Muda akan membantu membimbing rakan sebaya di sekolah dalam pembudayaan hidup sihat. KKM berharap inisiatif ini dapat diperluaskan di semua sekolah di seluruh negara.

Garis Panduan Pelaksanaan Senaman Ringan atau X-BREAK telah dilancarkan sebagai panduan kepada semua sekolah. Majlis yang diadakan turut diserikan dengan sesi X-BREAK secara maya yang disertai 620 sekolah Kelab Doktor Muda dari seluruh negara dengan melibatkan seramai 420,000 murid sekolah.

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi Remaja (NHMS) 2022 mendedahkan fakta membimbangkan di mana Malaysia kini berdepan dengan peningkatan kadar obesiti remaja berusia antara 13 hingga 18 tahun sebanyak 15% dalam tempoh lima tahun, menjadikannya antara yang tertinggi di Asia Tenggara.

Inisiatif ini dapat mengukuhkan lagi tindakan dalam pelaksanaan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) 2020-2030 dalam pembudayaan hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia dan seterusnya disokong melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6/1994: Usaha Menanam Semangat Patriotisme di Kalangan Pelajar dan Senaman Ringkas Dalam Bilik Darjah.

Majlis turut dihadiri oleh YBhg Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBrs Dr. Mohd Azam bin Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Pembangunan), YBrs Ts. Norrani binti Eksan, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Keselamatan dan Kualiti Makanan), YBrs Puan Suraiya binti Syed Mohamed, Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan, YBrs Dr. Nor’Aishah binti Abu Bakar, Pengarah Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan YBrs Tuan Megat Affandi bin Datuk Wira Haji Ismail, Pegarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2025-03-10 09:12:05 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page