21 Februari 2025- YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Penutup Konvensyen Kesihatan Mental 2025 di Bangi Avenue Convention Centre.
YB Dato Lukanisman dalam ucapan beliau berkata, kesihatan mental adalah satu keperluan asas yang perlu dijaga dan diberi perhatian sewajarnya.
Pelbagai isu penting dalam landskap kesihatan mental negara telah dibincangkan sepanjang berlangsungnya program ini sejak ia bermula pada 19 Februari 2025 yang lalu.
Isu keterangkuman dan kepelbagaian dalam dunia digital turut menjadi tumpuan, dengan harapan dapat menghapuskan stigma serta meningkatkan kesedaran kesihatan mental di semua peringkat masyarakat.
Di majlis ini juga diumumkan pemenang bagi Pertandingan Best Practice “Laman Minda Sihat” antara jabatan-jabatan kesihatan negeri dimana Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) P.Pinang telah memenangi tempat pertama diikuti JKN Sabah dan JKN Kedah.
Majlis turut dihadiri YBhg Datuk Dr. Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) merangkap Penaung Konvensyen Kesihatan Mental Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 dan YBrs Dr. Nurashikin Ibrahim, Pengarah Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH).
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-03-10 09:19:15 daripada UKK Norhanita