23 Februari 2025- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Perasmian Kembara Sihat Sejahtera HePiLI Bersama Didi & Friends Zon Sabah di Kota Kinabalu, Sabah.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Pelan Strategik Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) telah mengusahakan pelbagai inisiatif pembudayaan hidup sihat yang merangkumi institusi pendidikan seperti prasekolah/tabika, sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pendidikan tinggi.
Melalui Program Promosi Kesihatan di Institusi Pendidikan yang dikenali sebagai HePiLI - Health Promotion in Learning Institutions; KKM bekerjasama dengan rakan strategik lain seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (di bawah Kementerian Perpaduan Negara) serta Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Bertemakan “Tingkatkan Imuniti Badan, Budayakan Hidup Sihat” Kembara Sihat Sejahtera HePiLI memfokuskan kepada enam (6) tingkah laku kesihatan iaitu Aktifkan Diri, Makan Buah dan Sayur, Tak Nak Merokok dan Vape, Minda Sihat, Sentuhan OK dan Tak OK serta Penjagaan Kebersihan Diri dan Persekitaran.
Penganjuran ini merupakan antara inisiatif KKM dalam usaha memperluas liputan promosi kesihatan kepada semua peringkat umur bermula seawal usia 5 tahun dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kesihatan masyarakat khususnya kanak-kanak dalam pembudayaan hidup sihat.
Kembara kali ini akan turut diikuti dengan sesi Meet & Greet yang akan dilaksanakan di dua buah sekolah yang mempunyai Kelab Doktor Muda iaitu Sekolah Kebangsaan Pekan Putatan (25 Februari 2025) dan Sekolah Kebangsaan Sembulan (27 Februari 2025).
Turut hadir, YBhg Dato' Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), Kementerian Kesihatan Malaysia, YBrs Dr Maria Suleiman, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Kementerian Kesihatan Malaysia dan YBrs Puan Suraiya binti Syed Mohamed, Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-03-10 09:35:54 daripada UKK Norhanita