MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

LAWATAN KERJA RASMI YB MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN KUAH, LANGKAWI, KEDAH

23 Februari 2025- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah meneruskan lawatan kerja rasmi ke Klinik Kesihatan Kuah, Langkawi, Kedah bagi melihat sendiri pengendalian Pendigitalan Menggunakan Cloud-Based Clinic Management System (CCMS) di klinik tersebut.

Pelaksanaan CCMS dapat mengurangkan masa menunggu pesakit dari 3 jam kepada hanya 30 minit yang bukan sahaja dapat mempercepatkan rawatan pesakit malah merupakan langkah penting ke arah masa depan perkhidmatan kesihatan yang lebih cekap, moden dan berpaksikan teknologi demi kesejahteraan rakyat.

Klinik Kesihatan Kuah, Langkawi telah mula beroperasi sejak tahun 2011. Klinik ini menawarkan perkhidmatan kesihatan kepada seramai 50,000 orang penduduk sekitar dengan purata harian kedatangan pesakit seramai 500 hingga 550 orang sehari.

Antara perkhidmatan kesihatan yang disediakan termasuk:

1. Perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Anak

2. Perkhidmatan Makmal, radiologi, fisioterapi

3. Perkhidmatan Kaunseling & Psikologi

4. Perkhidmatan Psikiatri & Kesihatan Mental

5. Perkhidmatan Penjagaan Luka

YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad turut meluangkan masa meninjau fasiliti kesihatan dan kemudahan yang disediakan di klinik tersebut di samping beramah mesra dan menyantuni warga kerjanya.

Turut hadir YBhg Dato' Sri Suriani binti Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha KKM, YBhg Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBhg Datuk Dr Nor Fariza binti Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan Dan Sokongan Teknikal), YBrs Dr Fauziah binti Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Pergigian), YBrsPuan Norhaliza binti A. Halim, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perkhidmatan Farmasi), YBrs Dr. Ismuni Bohari, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, YBrs Dr Mansor bin Ismail, Pegawai Kesihatan Daerah Langkawi dan YBrs Dr Lai Fong Chin, Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Kuah.

image image image
image image image

Kemaskini pada 2025-03-10 11:24:35 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page