MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

LAWATAN KERJA RASMI YB MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN NYIOR CABANG, LANGKAWI, KEDAH.

23 Februari 2025- Lawatan kerja YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan diteruskan lagi ke Klinik Kesihatan Nyior Cabang, Langkawi, Kedah.

Klinik ini juga merupakan salah satu klinik yang menggunakan ‘Cloud-Based Clinic Management System’ (CCMS) yang akan mengurangkan masa menunggu pesakit dari 3 jam ke 30 minit.

Klinik ini menawarkan perkhidmatan kesihatan kepada seramai 6,000 orang penduduk sekitar dengan purata harian kedatangan pesakit seramai 40 hingga 50 orang sehari.

Antara perkhidmatan kesihatan yang disediakan termasuk:

1. Perkhidmatan Unit Kecemasan

2. Perkhidmatan Klinik Ibu dan Anak

3. Perkhidmatan Pesakit Luar

4.Perkhidmatan Farmasi

YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad turut menandatangani plak Pelancaran CCMS dan sempat meninjau keadaan fasiliti kesihatan serta kemudahan baharu yang disediakan di klinik tersebut di samping beramah mesra dan menyantuni warga kerja di situ.

Turut hadir, YBhg Dato' Sri Suriani binti Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha KKM, YBhg Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBhg Datuk Dr Nor Fariza binti Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan Dan Sokongan Teknikal), YBrs Dr Fauziah binti Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Pergigian), YBrsPuan Norhaliza binti A. Halim, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perkhidmatan Farmasi), YBrs Dr. Ismuni Bohari, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, YBrs Dr Mansor bin Ismail, Pegawai Kesihatan Daerah Langkawi dan YBrs Dr. Sharnita J.Munusamy, Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Nyior Cabang.

image image image
image image

Kemaskini pada 2025-03-10 11:32:09 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page