MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

MAJLIS PENGANUGERAHAN PLAK EMAS INISIATIF HOSPITAL RAKAN BAYI (BFHI) HOSPITAL COLUMBIA ASIA PETALING JAYA (CAH-PJ) DI HOSPITAL COLUMBIA ASIA PETALING JAYA, SELANGOR.

26 Februari 2025- YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Penganugerahan Plak Emas Inisiatif Hospital Rakan Bayi (BFHI) Hospital Columbia Asia Petaling Jaya (CAH-PJ) di Hospital Columbia Asia Petaling Jaya, Selangor.

Dalam majlis tersebut, YB Dato Lukanisman telah menyampaikan Plak Emas Inisiatif Hospital Rakan Bayi kepada Encik Ng Wai Kit, Ketua Pegawai Eksekutif CAH-PJ.

Untuk rekod, inisiatif Hospital Rakan Bayi telah dilancarkan pada tahun 1991 oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF). Ia bertujuan untuk memastikan semua fasiliti kesihatan sama ada awam atau swasta yang menyediakan perkhidmatan materniti, bayi dan kanak-kanak untuk menyokong penyusuan susu ibu secara optimum. Bagi mencapai akreditasi BFHI, sesebuah hospital perlu membuktikan sekurang-kurangnya 75 peratus kadar penyusuan ibu eksklusif dalam kalangan ibu selepas bersalin.

Dato’ Lukanisman dalam ucapannya menyatakan bahawa KKM sentiasa mengatur dan melaksanakan pelbagai strategi dalam mempromosikan penyusuan susu ibu. Salah satu strategi untuk menggalakkan penyusuan susu ibu di Malaysia adalah melalui pelaksanaan BFHI.

Beliau menambah, KKM komited dalam mendukung dan memperkukuh agenda penyusuan susu ibu di seluruh negara. Ini selaras dengan matlamat Dasar Pemakanan Negara Malaysia untuk mengurangkan prevalen penyakit tidak berjangkit berkaitan dengan pemakanan serta bagi mencapai matlamat Sustainable Development Goal (SDG).

Turut hadir Dr Chan Boon Kheng, Pengarah Urusan Asia OneHealthcare, Puan Zaiton binti Hj. Daud, Timbalan Pengarah Bahagian Pemakanan KKM, Puan Lee Hui Chuen, Ketua Pegawai Eksekutif Wilayah Hospital Columbia Asia Malaysia, Dr Siti Maisarah binti Ahmad, Ketua Pusat Laktasi Kebangsaan dan Encik Ng Wai Kit, Ketua Pegawai Eksekutif CAH-PJ.

 

image image image
image image

Kemaskini pada 2025-03-10 11:40:31 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page