MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

HARI BERTEMU PELANGGAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SIRI 1 TAHUN 2025 DI IBU PEJABAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, PUTRAJAYA.

27  Februari 2025- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menganjurkan Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Kesihatan Malaysia Siri 1 Tahun 2025 bertempat di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya.

YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan diiringi YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KKM dan YBhg. Datuk Dr Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan telah melawat kesemua reruai dan pameran bergerak yang diadakan pada hari tersebut.

YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad turut berkesempatan menyantuni para petugas di reruai dan pameran bergerak.

Bertemakan “A Happy Mouth is...A Happy Mind” yang diangkat sebagai tema Hari Kesihatan Mulut Sedunia, penganjuran Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Kesihatan Malaysia Siri 1 Tahun 2025 ini memberi peluang kepada pelanggan untuk mendapatkan maklumat terkini tentang pelbagai perkhidmatan kesihatan oleh KKM.

Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran seramai 5,182 pengunjung. Antara aktiviti dan perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan ialah saringan kesihatan, kempen derma darah, Klinik Pergigian Bergerak, Wellness on Wheel (WoW), ujian saringan kesihatan mental, pemeriksaan mulut kendiri, pameran War on Sugar, peluang latihan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) dan konsultasi perkhidmatan KKM.

Turut diadakan ialah sesi pocket talk, forum dan Expressive Art Gallery oleh Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH). Tidak ketinggalan juga perkhidmatan yang disediakan oleh rakan strategik seperti pembayaran kompaun, permohonan gantian kad pengenalan, saringan Human Papillomavirus (HPV) dan mammogram oleh LPKKN, promosi pelancongan serta peluang pekerjaan di hospital swasta.

 

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2025-03-10 12:02:59 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page