MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

PROGRAM WALKABOUT BAZAR RAMADAN DAN PELANCARAN KEMPEN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN MAKANAN BAZAR RAMADAN 2025

3 Mac 2025- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan; telah mengadakan ‘walkabout’ di Bazar Ramadan di Presint 3, Putrajaya bagi meninjau sendiri pelaksanaan kawal selia kebersihan dan keselamatan makanan oleh para peniaga.

Walkabout ini turut menandakan pelancaran rasmi Kempen Kebersihan dan Keselamatan Makanan Bazar Ramadan 2025, yang akan dilaksanakan secara berperingkat di seluruh negara. Sejak Februari 2025, KKM dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah mengenal pasti lokasi serta jumlah gerai bazar Ramadan yang beroperasi. Setakat ini, 260 sesi taklimat kebersihan premis dan pengendalian makanan telah dilaksanakan, melibatkan 76,803 gerai di 1,292 tapak bazar Ramadan di seluruh negara.

Sebanyak 1,781 premis penyediaan makanan, termasuk kilang ais, restoran, dan hotel, telah diperiksa. Pengendali makanan 1 turut diperiksa bagi memastikan mereka telah mengikuti Latihan Pengendali Makanan (LPM) serta mendapat suntikan anti-tifoid. Sebagai tambahan kepada langkah pemantauan dan advokasi sedia ada, KKM turut memperkenalkan WhatsApp Aduan Kebersihan Premis Makanan, iaitu sebuah platform baharu yang membolehkan orang ramai menyalurkan aduan berkaitan kebersihan premis makanan dengan lebih mudah dan pantas.

Pemantauan merangkumi keseluruhan rantaian bekalan makanan, dari sumber bahan mentah hingga ke penyediaan dan penjualan di bazar Ramadan. Ini termasuk pemeriksaan ke atas premis penyediaan makanan, kilang ais, restoran, serta gerai makanan yang dilesenkan oleh PBT. Langkah ini bertujuan memastikan pematuhan kepada perundangan di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya, serta mencegah risiko pencemaran dan memastikan keselamatan makanan untuk pengguna.

KKM melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) komited memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati juadah berbuka puasa yang selamat, bersih dan berkualiti sepanjang bulan Ramadan, bebas daripada risiko insiden keracunan makanan. PKKM akan terus memperkasakan kempen keselamatan makanan bagi memastikan para pengendali makanan dan peniaga bazar Ramadan mengamalkan kebersihan dan pengendalian makanan yang selamat bagi melindungi kesihatan pengguna.

Hadir sama YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, YBhg Dato' Sri Suriani binti Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha KKM, YBhg Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan dan YBhg. Dato' TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya.

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2025-03-10 15:42:09 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page