MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

PROGRAM WALKABOUT BAZAR RAMADAN DAN KEMPEN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN MAKANAN BAZAR RAMADAN 2025 PERINGKAT NEGERI SARAWAK DI BAZAR RAMADAN INDOOR STADIUM MIRI, SARAWAK.

8 Mac 2025- YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menghadiri Program Walkabout Bazar Ramadan dan Kempen Kebersihan dan Keselamatan Makanan Bazar Ramadan 2025 Peringkat Negeri Sarawak di Bazar Ramadan Indoor Stadium Miri, Sarawak.

Program ini diadakan bagi memastikan para pengendali makanan mengamalkan kebersihan dan pengendalian makanan yang selamat bagi melindungi kesihatan pengguna termasuk penyediaan makanan secara bersih, penggunaan peralatan yang sesuai, serta pematuhan terhadap peraturan pengendalian makanan bagi memastikan makanan yang dijual bersih dan selamat untuk pengguna.

Sebanyak 7 sesi taklimat berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan telah diadakan oleh Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Miri kepada para pengusaha premis makanan termasuk restoran, kedai makan, kilang memproses makanan dan bazar Ramadan. KKMturut memperkenalkan talian Whatsapp Aduan Kebersihan Premis Makanan bagi memudahkan pengguna menyalurkan sebarang aduan berkaitan kebersihan premis dengan lebih mudah dan pantas. Platform baru ini tidak hanya terhad bagi menyalurkan aduan sepanjang bulan Ramadan tetapi juga memudahkan pengguna menyalurkan sebarang aduan berkaitan kebersihan premis makanan di seluruh negara sepanjang masa.

Orang ramai disarankan untuk mengamalkan prinsip “Perhati dan Pilih” semasa membeli makanan di bazar Ramadan iaitu memilih gerai makan yang bersih dan pengendali makanan yang mengamalkan kebersihan diri yang baik. Disamping itu, pengguna juga digalakkan untuk mengamalkan “Lihat, Hidu dan Rasa” sebelum menikmati juadah berbuka puasa bagi mengurangkan risiko berlakunya keracunan makanan.

Turut hadir, YBrs. Ts. Norrani Eksan, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Keselamatan dan Kualiti Makanan), YBhg. Encik Adam Yii Siew Sang, Datuk Bandar Miri, YBrs. Encik Mohammad Jefri Crossley, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Keselamatan dan Kualiti Makanan) dan YBrs. Dr. Raviwharmman Packierisamy, Pegawai Kesihatan Bahagian Miri.

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2025-03-10 16:11:02 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page