MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

MAJLIS SAMBUTAN HARI PEMBANTU PERUBATAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2025 DI AUDITORIUM PERDANA, HOSPITAL TUNKU AZIZAH, KUALA LUMPUR.

10 Mac 2025- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Pembantu Perubatan Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 di Auditorium Perdana, Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur.

Sambutan tahun ini bertemakan “Revolusi Digital: Evolusi Pembantu Perubatan Pintar”, menekankan peranan kritikal Pembantu Perubatan (PPP) dalam mendepani transformasi digital sistem kesihatan negara. Sistem kesihatan negara kini berada dalam fasa pendigitalan yang pesat dengan teknologi memainkan peranan penting dalam meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan kualiti rawatan pesakit. Seiring perubahan ini, PPP bukan sahaja pelaksana rawatan tetapi juga pemacu inovasi kesihatan melalui penggunaan teknologi digital.

Bagi memastikan lebih 25,000 Pembantu Perubatan di Malaysia terus berkembang dan memenuhi keperluan sistem kesihatan negara, KKM telah meningkatkan kapasiti latihan dan pengambilan tenaga baharu. Pada tahun 2024, seramai 807 pelatih baharu telah diambil ke Institut Latihan KKM (ILKKM), sementara 462 pelatih telah direkrut bagi Sesi Pertama 2025.

Selain itu, 283 pelajar turut mengikuti program Diploma Sains Perubatan dan Kesihatan (atau ‘Diploma in Medical and Health Sciences’) di institusi swasta, sebagai sebahagian daripada usaha negara melahirkan lebih ramai PPP yang berkualiti tinggi. Sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan profesionalisme dan kepakaran PPP, KKM sedang memperkukuhkan pendaftaran “Assistant Medical Officer Technical Expert” (AMOTeX) sebagai platform kawal selia bagi memastikan PPP berkemahiran tinggi terus berada dalam perkhidmatan kepakaran di KKM.

Dengan peranan PPP yang semakin berkembang, KKM yakin bahawa Malaysia mampu menjadi model sistem kesihatan digital yang lebih cekap, inovatif, dan berdaya saing di peringkat global.

Turut hadir YBhg Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg Dato’ Indera Dr. Nor Azimi binti Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan),. YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBrs Encik Zulhelmi bin Abdullah Ketua Penolong Pegawai Perubatan Malaysia dan pegawai- pegawai kanan KKM.

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2025-03-11 14:37:53 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page
  • Hits