MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

LAWATAN KERJA RASMI YB MENTERI KESIHATAN KE HOSPITAL TUANKU JAAFAR SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.

14 Mac 2025- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan.

Pada tahun 1930, hospital ini telah beroperasi sebagai Hospital Umum Seremban dan telah dijenamakan semula kepada Hospital Tuanku Jaafar Seremban pada 27 Mac 2006. Hospital ini merupakan hospital negeri dan rujukan terbesar di Negeri Sembilan. Hospital ini juga merupakan Hospital Utama bagi perkhidmatan Hospital Kluster Negeri Sembilan 2. Hospital Tuanku Jaafar Seremban menyediakan perkhidmatan kesihatan sebanyak 19 kepakaran dan 53 sub-kepakaran.

YB Menteri Kesihatan telah diberi taklimat oleh YBhg. Dato’ Dr. Zaleha Md. Noor, Pengarah Hospital Tuanku Jaafar Seremban mengenai pengoperasian hospital, pelan pembangunan hospital, penggantian peralatan, sumber manusia serta pendigitalan dan kelestarian. YB Menteri Kesihatan turut dibawa melawat ke Jabatan Kecemasan dan wad-wad yang terlibat dengan Projek Naik Taraf Infrastruktur untuk memantau status pelaksanaan terkini. Beliau sempat menyantuni pesakit-pesakit serta petugas-petugas kesihatan yang bertugas.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Zahrul Hakim Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKM, YBhg. Dato’ Indera Dr. Nor Azimi Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) KKM, YBhg. Datin Paduka Roslinah Md. Jani, Setiausaha Bahagian (SUB) Kanan, Bahagian Pembangunan KKM, YBhg Datuk Mohd Fauzee Abd Majid, SUB Perolehan & Penswastaan KKM, YBrs Encik Dhanesh Kumar Danesekaran, SUB Kewangan KKM, Puan Rahawiah Shafiei, Arkitek Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Kesihatan JKR serta pegawai-pegawai kanan KKM dan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan.

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2025-03-17 15:40:13 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page