20 Mac 2025- YB Datuk Seri Dr Dzulkefly, Menteri Kesihatan telah menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Warga Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.
YB Menteri Kesihatan memulakan lawatan kerja ke Negeri Johor dengan menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Warga Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru hari ini. HSIJB juga merupakan Hospital Berpakar Major yang kedua terbesar selepas Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Hospital Sultan Ismail telah dibina pada tahun 1999 dan memberi perkhidmatan Kesihatan kepada lebih 2.5 juta penduduk yang meliputi daerah Johor Bahru, Masai, Ulu TIram, Kota Tinggi, Mersing and Pasir Gudang. HSIJB jugak dilengkapi dengan 724 katil secara keseluruhannya.
YB Menteri kemudian meluangkan masa untuk melawat Jabatan Kecemasan & Trauma (ETD), Jabatan Radiologi dan Jabatan Onkologi. YB Menteri diberi taklimat berkenaan operasi, kekuatan dan cabaran disetiap Jabatan oleh ketua Jabatan masing-masing. YB Menteri turut meluangkan masa untuk bertemu dan beramah mesra dengan pesakit-pesakit yang hadir ke hospital untuk rawatan dan temu janji.
Turut hadir YBrs Dr Hj Mohtar bin Pungut@Hj. Ahmad, Pengarah Kesihatan Negeri Johor, YBhg Dato’ Dr Mohd Azman bin Yacob, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, KKM, YBhg. Datin Paduka Roslinah binti Md Jani, Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan, KKM dan YBrs Dr. Hjh Zuraini binti Zainal, Pengarah Hospital Sultan Ismail, Johor.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-03-24 12:03:58 daripada UKK Norhanita















