MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

LAWATAN KERJA RASMI YB MENTERI KESIHATAN KE MAKMAL KESIHATAN AWAM JOHOR BAHRU (MKAJB)

20 Mac 2025- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah meneruskan siri lawatan kerja rasmi ke Makmal Kesihatan Awam Johor Bahru (MKAJB).

Beroperasi sepenuhnya pada 1 November 1999, MKAJB telah ditubuhkan untuk menyokong program-program di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta lain-lain Agensi Kerajaan bagi memastikan pengesanan penyakit dengan tepat dan penyiasatan keracunan makanan yang lebih berkesan. MKAJB mempunyai tiga buah seksyen iaitu Seksyen Pengurusan, Seksyen Penyakit dan Seksyen Makanan.

Semasa sesi lawatan berlangsung YB Menteri Kesihatan berpeluang untuk melawat Makmal Molekular, Makmal Ujian Rokok, Makmal Bakteriologi, Makmal Aditif dan Residu serta Makmal Food Contact Material. YB Menteri Kesihatan turut meluangkan masa beramah mesra dengan warga kerja MKAJB.

Turut hadir YBhg. Datin Paduka Roslinah binti Md Jani, Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan KKM, YBhg. Dato’ Dr Mohd Azman bin Yacob, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan KKM, YBrs. Dr Haji Mohtar bin Pungut @ Haji Ahmad, Pengarah Kesihatan Negeri Johor dan Dr Shahril Azian bin Masrom, Pengarah Makmal Kesihatan Awam Johor Bahru.

image image image
image image image

Kemaskini pada 2025-03-24 12:13:40 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page