MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

LAWATAN KERJA RASMI YB MENTERI KESIHATAN KE HOSPITAL SULTANAH AMINAH JOHOR BAHRU

20 Mac 2025- YB Datuk Seri Dr Dzulkefly, Menteri Kesihatan ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru bagi menyantuni warga dan pesakit.

YB Menteri Kesihatan telah menyambung lawatan kerja dengan melawat pesakit di Ward Kecemasan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dan kemudian meluangkan masa untuk berbuka puasa dengan warga kerja HSAJB.

HSAJB adalah hospital pertama yang dibina di Johor Bahru pada tahun 1882 dengan nama asal Hospital Umum Johor Bahru. Pada tahu 1977, Hospital Umum Johor Bahru dinamakan sebagai Hospital Sultanah Aminah. Sejak itu, ia telah berfungsi sebagai pusat perubatan awam utama bagi bandar dan daerah ini. Pada tahun 1968, HSAJB menjadi hospital yang menubuhkan Unit Rawatan Rapi (ICU) pertama di Malaysia. Dengan kapasiti katil sebanyak 1,206 dan 14 bilik bedah, HSAJB terus menyediakan perkhidmatan perubatan yang berkualiti kepada masyarakat.

HSAJB juga menawarkan 25 kepakaran dan 39 sub-kepakaran. Kehadiran pesakit ke klinik pakar terus meningkat setiap tahun. Pada tahun lalu, seramai 442,208 pesakit telah mendapatkan rawatan di klinik pakar pelbagai bidang di HSAJB.

Turut hadir YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, YBhg. Datin Paduka Roslinah binti Md Jani, Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan, KKM dan YBrs Dr. Mohd Nizam bin Hj. Subahir, Pengarah, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB).

image image image image

 


Kemaskini pada 2025-03-24 14:37:10 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page