MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

LAWATAN KERJA RASMI YB MENTERI KESIHATAN KE TAPAK PROJEK HOSPITAL PASIR GUDANG DI BANDAR SERI ALAM, MASAI, JOHOR.

21 Mac 2025- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah mengakhiri lawatan kerja rasmi beliau di Johor dengan melawat tapak projek Hospital Pasir Gudang di Bandar Seri Alam, Masai, Johor.

YB Menteri Kesihatan memulakan lawatan di Jabatan Radiologi dan seterusnya ke Dewan Bedah, Wad Pediatrik dan Kompleks Atas Talian. Lawatan diakhiri dengan sesi taklimat kepada YB Menteri Kesihatan dan delegasi.

Hospital Pasir Gudang merupakan sebuah hospital bertaraf Hospital Pakar Major yang dilengkapi dengan 304 buah katil dan 14 perkhidmatan pakar. Hospital ini turut dilengkapi kuarters kerajaan dan asrama jururawat.

Dijangka siap pada 12 Jun 2025, pembinaan Hospital Pasir Gudang ini sangat penting untuk memberi perkhidmatan kesihatan kepada rakyat setempat bagi membantu menampung jumlah pesakit di hospital-hospital sedia ada di negeri ini.

Turut hadir YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, YBhg. Datin Paduka Roslinah binti Md Jani, Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan KKM, YBhg. Dato’ Dr. Mohd Azman bin Yacob, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan KKM dan YBrs. Dr. Haji Mohtar bin Pungut @ Haji Ahmad, Pengarah Kesihatan Negeri Johor.

 

image image image

Kemaskini pada 2025-03-24 14:45:36 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page