MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

LAWATAN KERJA RASMI YB MENTERI KESIHATAN KE INSTITUT KANSER NEGARA (IKN), PUTRAJAYA SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2025.

28 Mac 2025- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan ke Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025.

YB Menteri Kesihatan telah meninjau beberapa kemudahan utama termasuk wad dan Unit Rawatan Harian (Daycare Oncology), serta menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada pesakit dan petugas kesihatan sebagai tanda penghargaan atas khidmat bakti dan dedikasi dalam penyampaian rawatan. Lawatan ini mencerminkan iltizam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadap kesejahteraan pesakit dan kebajikan warga kesihatan, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai ihsan dan kemuliaan insan.

Sebagai sebahagian daripada usaha KKM untuk menambah baik aspek rawatan dan penjagaan untuk pesakit kanser, IKN bakal menerima dua (2) daripada lima (5) mesin pemecut linear perubatan (medical linear accelerator atau LINAC) baharu tahun ini. Tiga (3) lagi mesin LINAC masing-masing akan ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur; Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah; dan Hospital Umum Sarawak.

Mesin LINAC generasi baharu yang diterima oleh IKN dilengkapi dengan Stereotactic Body Radiotherapy (SBRT) yang merupakan rawatan yang lebih canggih dan berteknologi tinggi menggunakan dos sinaran radioterapi yang tinggi dan tepat untuk memusnahkan sel kanser.

Turut hadir, YBhg Dato’ Dr Mohd Azman bin Yacob, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, KKM, YM Tengku Shaheera binti Tengku Tan Sri Abdullah, Pengerusi Yayasan Tengku Abdullah, YBrs Dr. Mohd Afiq Farhan Md Hanif, Ketua Pegawai Eksekutif, FOMEMA Sdn. Bhd dan YBrs Dr. Nur Aslina Binti Bahakodin, Pengarah Institut Kanser Negara.

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2025-04-10 08:44:44 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page