MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

LAWATAN YB MENTERI KESIHATAN KE PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) DEWAN MASJID PUTRA HEIGHTS YANG MENEMPATKAN MANGSA KEBAKARAN SALURAN PAIP GAS.

4 April 2025- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Masjid Putra Heights yang menempatkan mangsa kebakaran saluran paip gas.

YB Menteri Kesihatan telah diiringi oleh YBrs. Dr Jamiatul Aida Md Sani, Pegawai Kesihatan Daerah Petaling.

YB Menteri Kesihatan telah melawat mangsa kebakaran saluran paip gas serta membuat tinjauan prosedur rawatan dan bantuan khidmat psikososial yang diberikan kepada mangsa.

Seramai tujuh petugas dari Klinik Kesihatan dalam daerah Petaling, 12 daripada pasukan Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS) dan tiga daripada Pejabat Kesihatan Daerah Petaling memberikan perkhidmatan kesihatan di PPS Masjid Putra Heights. Mereka turut menerima sokongan daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Hospital Canselor Tuanku Mukhriz UKM, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) dan beberapa rakan strategik lain secara berjadual.

Sehingga kini, PPS Masjid Putra Heights menempatkan seramai 379 mangsa dari 97 keluarga. YB Menteri Kesihatan turut memberikan bantuan kepada mangsa serta beramah mesra bersama petugas kesihatan di PPS ini.

image image image
image image image

Kemaskini pada 2025-04-10 10:12:07 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page