MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN 210 UNIT AUTOMATED EXTERNAL DEFIBRILLATOR (AED) DARIPADA SYARIKAT 99 SPEEDMART SDN. BHD

8 April 2025- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menyerahkan mesin Automated External Defibrillator (AED) kepada 17 Kementerian dan Agensi Kerajaan di sekitar Putrajaya.

Selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI untuk memperkukuh kesiapsiagaan kesihatan awam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menerima sumbangan sebanyak 210 unit mesin Automated External Defibrillator (AED) daripada Syarikat 99 Speedmart Sdn. Bhd.

Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan akses rawatan awal kepada mangsa serangan jantung mengejut (sudden cardiac arrest, SCA) sebelum ketibaan pasukan ambulans, khususnya di bangunan kerajaan yang mempunyai aliran pengunjung yang tinggi.

Daripada jumlah sumbangan yang diberikan sebanyak 170 unit AED akan diagihkan ke hospital dan klinik kesihatan terpilih di seluruh negara, manakala 40 unit lagi diserahkan kepada 17 kementerian dan agensi kerajaan di sekitar Putrajaya.

KKM juga menyasarkan agar pemasangan mesin AED ini diperluaskan ke kawasan awam lain yang menjadi tumpuan ramai seperti Rehat & Rawat (R&R), stesen minyak, terminal pengangkutan awam, pusat beli-belah, pasar raya serta rumah ibadat.

Turut hadir, YBhg Dato' Indera Dr. Nor Azimi Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), YBhg Datuk Dr. Nor Fariza Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan Dan Sokongan Teknikal ) dan YBrs Encik Yong Eng Kwang, Ketua Pegawai Operasi Syarikat 99 Speedmart Sdn. Bhd.

image image image
image image

Kemaskini pada 2025-04-10 10:18:02 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page