MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

LAWATAN KERJA RASMI YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE INSTITUT PENYELIDIKAN PERUBATAN (IMR) DI KOMPLEKS INSTITUT KESIHATAN NEGARA (NIH), SETIA ALAM, SELANGOR

9 April 2025- YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) di Kompleks Institut Kesihatan Negara (NIH), Setia Alam, Selangor.

Lawatan ini bertujuan meninjau kemajuan penyelidikan serta produk inovasi kesihatan yang dibangunkan oleh IMR serta untuk melawat beberapa makmal utama yang memainkan peranan penting dalam bidang kajian dan pembangunan teknologi kesihatan negara.

Antara makmal yang dilawati beliau termasuk:

1. Makmal bakteriologi yang memberi fokus kepada penyelidikan penyakit berjangkit yang berpunca daripada bakteria. Produk seperti MELISA dan Lepto Transport Medium dibangunkan untuk meningkatkan keupayaan mendiagnosis penyakit dengan lebih pantas dan tepat;

2. Makmal virologi yang menumpukan kepada kajian virus seperti denggi dan enterovirus. YB Timbalan Menteri Kesihatan telah diberi taklimat mengenai kit saringan E11 dan biomarker denggi, yang boleh membantu dalam pengesanan awal jangkitan; dan

3. Makmal alergi yang menfokuskan kepada kajian alahan dan pembangunan ujian MYAllergen bagi mengenalpasti pencetus alahan utama dalam kalangan rakyat Malaysia.

Lawatan ini disusuli dengan sesi taklimat dan pembentangan ringkas hala tuju IMR serta perbincangan mengenai potensi pengkomersialan produk-produk inovasi yang telah dibangunkan.

KKM komited menyokong usaha penyelidikan dan inovasi dalam bidang kesihatan bagi memastikan sistem kesihatan negara terus bergerak ke hadapan seiring dengan kemajuan teknologi serta keperluan semasa rakyat.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr. Nor Fariza Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan & Sokongan Teknikal), YBhg. Dr. Ami Fazlin Syed Mohamed, Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan wakil-wakil pengarah IKU, ICR, IHM, IHSR dan IPTK.

image image image
image image

Kemaskini pada 2025-04-10 10:25:51 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page