10 April 2025- Majlis Tandatangan Kerjasama Perkongsian Data Kesihatan Bakal Haji dimeterai antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Lembaga Tabung Haji (TH).
Majlis ini disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan bertempat di Ruang Legar, Bahagian Kesihatan Digital, KKM di Kompleks F1, Putrajaya.
Kerjasama ini merupakan langkah penting dalam memperkukuhkan pengurusan kesihatan jemaah haji, khususnya dalam aspek pemeriksaan kesihatan sebelum berangkat dan perkongsian rekod kesihatan semasa di tanah air dan tanah suci.
Sehingga 4 April 2025, seramai hampir 31,000 Bakal Haji dari 31,600 kuota Jemaah Haji Malaysia telah selesai melaksanakan pemeriksaan kesihatan dan menjawab tawaran untuk menunaikan haji pada tahun ini.
Proses Pemeriksaan Kesihatan Bakal Haji telah berjalan dengan lancar dan beberapa isu berkaitan integrasi dan penghantaran data telah dapat di atasi dengan segera dan cekap oleh pegawai-pegawai yang terlibat.
Menurut Analisa Indeks Kepuasan Pelanggan yang dilaksanakan oleh TH bagi Musim Haji 1445H/2024, ia mencatatkan pemarkahan 95% bagi perkhidmatan pemeriksaan kesihatan di tanah air.
Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Hisam bin Harun, Ketua Jabatan Haji, Lembaga Tabung Haji, YBrs. Tuan Haji Shamsul Kamal bin Hussien Kamal, Ketua Pegawai Teknologi Lembaga Tabung Haji dan YBrs. Dr. Zulhizzam bin Haji Abdullah, Pengarah Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-04-11 10:04:46 daripada UKK Norhanita








 DAN LEMBAGA TABUNG HAJI (TH)/2.jpg)
 DAN LEMBAGA TABUNG HAJI (TH)/3.jpg)
 DAN LEMBAGA TABUNG HAJI (TH)/4.jpg)
 DAN LEMBAGA TABUNG HAJI (TH)/5.jpg)

