13 April 2025- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan dan YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), bersama-sama menzahirkan komitmen memperkukuh kesejahteraan kesihatan rakyat menerusi sambutan World Physical Activity Day (WoPAD) bersempena dengan inisiatif Car Free Day Putrajaya di Dataran Putrajaya.
WoPAD merupakan inisiatif global yang disambut pada 6 April setiap tahun. Tema tahun ini, “Have A Good Time! Be Active.”, menekankan kepentingan aspek keseronokan dalam aktiviti fizikal — apabila aktiviti menyeronokkan, individu lebih cenderung untuk kekal aktif dan memperoleh manfaat kesihatan secara berterusan. Sambutan hari ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Syawal Fun Walk, Aerofithon Syawal, permainan tradisional, cabaran kecergasan, saringan kesihatan, pemeriksaan mata dan mulut, serta aktiviti interaktif di Laman Eksplorasi.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan inisiatif Putrajaya Sihat Sejahtera (PSS) sejak 2024 hingga 2030 dengan 7 Fokus Strategik dan 15 inisiatif pembudayaan hidup sihat yang merangkumi hidup aktif, pemakanan sihat, persekitaran yang menyokong, saringan kesihatan, dan minda sihat. Setakat ini, PSS telah dilaksanakan di 25 kementerian dan agensi kerajaan, melibatkan penyertaan lebih 60,000 penjawat awam di Putrajaya.
Dalam majlis yang sama, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad turut merasmikan Cabaran Langkah Sihat Putrajaya Antara Kementerian yang akan berlangsung bermula dari 13 hingga 27 Mei 2025. Pada tahun 2024, cabaran ini disertai oleh 612 pasukan dengan penyertaan seramai 13,031 penjawat awam (19.2%). Untuk tahun 2025, lebih banyak penyertaan disasarkan bagi menyemarakkan persaingan sihat dan membudayakan amalan 10,000 langkah sehari sebagai norma dalam sektor perkhidmatan awam.
Terdahulu YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad bersama YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa telah hadir menyertai program Syawal Fun Walk yang berlangsung di Dataran Putrajaya pada pagi ini.
Turut hadir, YBhg. Dato' Sri Suriani Binti Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), YBhg. Dato’ TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya, YBhg. Dato' Zahrul Hakim bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), KKM dan Pegawai-pegawi kanan KKM dan Kerajaan Persekutuan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-04-14 08:23:58 daripada UKK Norhanita








 BERSEMPENA DENGAN INISIATIF CAR FREE DAY PUTRAJAYA DI DATARAN PUTRAJAYA/1.jpg)
 BERSEMPENA DENGAN INISIATIF CAR FREE DAY PUTRAJAYA DI DATARAN PUTRAJAYA/2.jpg)
 BERSEMPENA DENGAN INISIATIF CAR FREE DAY PUTRAJAYA DI DATARAN PUTRAJAYA/3.jpg)
 BERSEMPENA DENGAN INISIATIF CAR FREE DAY PUTRAJAYA DI DATARAN PUTRAJAYA/4.jpg)
 BERSEMPENA DENGAN INISIATIF CAR FREE DAY PUTRAJAYA DI DATARAN PUTRAJAYA/5.jpg)
 BERSEMPENA DENGAN INISIATIF CAR FREE DAY PUTRAJAYA DI DATARAN PUTRAJAYA/7.jpg)
 BERSEMPENA DENGAN INISIATIF CAR FREE DAY PUTRAJAYA DI DATARAN PUTRAJAYA/8.jpg)
 BERSEMPENA DENGAN INISIATIF CAR FREE DAY PUTRAJAYA DI DATARAN PUTRAJAYA/9.jpg)

