16 April 2025- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Projek Pusat Kanser Sarawak bersama-sama YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (IPKKM).
Mesyuarat ini bertujuan untuk menyelaras dan menyegerakan pembinaan Pusat Kanser Sarawak (PKS) yang merupakan kerjasama strategik di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak. Pelan tindakan yang telah dibincangkan merangkumi aspek-aspek berikut:
(i) Penyediaan reka bentuk dan anggaran kos projek berdasarkan keperluan sebuah Pusat Kanser berkapasiti 310 katil;
(ii) Penyesuaian skop dan komponen projek berdasarkan siling projek sebanyak RM1 billion;
(iii) Menyegerakan urusan pemberimilikan tanah (pertapakan) di antara Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Sarawak; dan
(iv) Penetapan garis masa (timeline) pelaksanaan projek.
Komitmen dan kerjasama erat pimpinan kanan negara akan memastikan projek ini dapat dijayakan dan memberi impak jangka panjang kepada rakyat Sarawak selain menjadi simbol kejayaan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Turut hadir, YB Datuk Amar Professor Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Sarawak, serta Pengurusan Tertinggi Kementerian Kesihatan, Kementerian Kerja Raya, Kerajaan Negeri Sarawak dan Agensi Pusat yang berkaitan.
#KKMPrihatin #KKR #SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
Kemaskini pada 2025-04-17 08:56:40 daripada UKK Norhanita








./1.jpg)
./2.jpg)
./3.jpg)
./4.jpg)
./5.jpg)
./6.jpg)
./7.jpg)
./8.jpg)
./10.jpg)

