17 April 2025- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan membuat siri lawatan rasmi ke fasiliti kesihatan negeri Perak selama 3 hari dari 17 hingga 19 April 2025 dengan lokasi pertama di Klinik Desa Jamuan, Kuala Kangsar.
Klinik Desa Jamuan ini mula beroperasi pada tahun 1968 dahulunya di kenali sebagai Rumah Bidan Kerajaan di bawah seliaan Klinik Kesihatan Kuala Kangsar dan di bawah jagaan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar. Struktur bangunan asal mengalami keuzuran struktur bangunan yang teruk menyebabkan dicadangkan naiktaraf (roboh bina) dalam Projek Daif 2024.
Bangunan baru klinik ini siap dibina pada Disember 2024 dan mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari 2025 yang memberikan perkhidmatan kesihatan kepada lebih 1,700 orang penduduk di sekitarnya.
Dalam lawatan ini, YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni telah merasmikan Klinik Desa Jamuan serta meninjau kemudahan dan perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan di samping menyantuni petugas kesihatan. Klinik ini menawarkan perkhidmatan penjagaan pranatal, penjagaan kesihatan kanak-kanak, penjagaan kesihatan wanita, penjagaan postnatal, pesakit luar dan lawatan rumah ke rumah.
Turut hadir YBrs. Dr Wan Ahmad Razman Bin Wan Abd Salim, wakil Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga KKM, YBrs. Dr Nikram Subramaniam, wakil Bahagian Perancangan KKM, Encik Mohd Shahyazid bin Yasir, wakil Bahagian Pembangunan KKM, Encik Velan Subramaniam, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan) dan pegawai-pegawai kanan JKN Perak.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-04-18 11:19:04 daripada UKK Norhanita













