MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

LAWATAN KERJA RASMI YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK DESA SAYONG, KUALA KANGSAR

 

17 April 2025- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan meneruskan lawatan rasmi ke fasiliti kesihatan negeri Perak dengan melawat lokasi kedua iaitu Klinik Desa Sayong, Kuala Kangsar.

Dalam lawatan berkenaan YB Timbalan Menteri Kesihatan telah merasmikan Klinik Desa Sayong dan meninjau kemudahan serta perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan serta beramah mesra dengan petugas klinik.

Klinik Desa Sayong di bawah seliaan Klinik Kesihatan Karai ini mula beroperasi pada awal tahun 1964. Bangunan asal merupakan struktur kayu telah dicadangkan dinaiktaraf (roboh bina) dalam Projek Daif 2023 atas faktor kehadiran pesakit yang semakin bertambah. Bangunan asal tidak jadi dirobohkan pada asalnya tetapi telah ditukar fungsi menjadi Wellness Hub.

Klinik Desa Sayong baharu siap dibina pada bulan November 2023 dan beroperasi sepenuhnya pada Disember 2023. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah Perkhidmatan Klinik Ibu dan Anak dan Perkhidmatan Klinik Pesakit Luar, menawarkan perkhidmatan kesihatan kepada lebih 6,400 penduduk sekitarnya.

#KKMPrihatin

#SihatBersama 

#MalaysiaSihat 

#MalaysiaMADANI 

#MADANIBekerja

#TaatSetia

image image image

Kemaskini pada 2025-04-18 11:42:07 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page