17 April 2025- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan meneruskan lawatan rasmi ke fasiliti kesihatan negeri Perak dengan melawat lokasi ketiga iaitu Klinik Desa (KD) Talang, yang beroperasi di bawah seliaan Klinik Kesihatan Padang Rengas.
KD Talang yang mula beroperasi pada tahun 1982 telah dicadangkan untuk dinaiktaraf (roboh bina) dalam Projek Daif 2023. Pada November 2023, bangunan baru klinik ini siap dibina dan mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Disember 2023. KD Talang memberikan perkhidmatan kesihatan kepada lebih 8,400 penduduk di sekitarnya.
YB Dato Lukanisman turut merasmikan klinik ini dan meninjau kemudahan dan perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan di samping beramah mesra dengan pelanggan serta petugas kesihatan di situ.
Klinik ini menawarkan perkhidmatan seperti antenatal care, child health care, kesihatan wanita, postnatal care, pesakit luar dan lawatan rumah ke rumah.
![]() |
![]() |
|
Kemaskini pada 2025-04-18 11:53:15 daripada UKK Norhanita








 TALANG/2.jpg)
 TALANG/3.jpg)
 TALANG/4.jpg)

