18 April 2025- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan (KKM) bersama YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menjadi peserta melalui sesi pengambilan sampel darah bagi penjujukan genom dalam usaha membina aset data negara dan sebagai simbolik kepada komitmen kedua-dua kementerian menjayakan Projek MyGenom yang sedang berada dalam Fasa 1. Sesi pengambilan sampel darah ini berlangsung dalam majlis Sidang Media pemakluman progres Projek MyGenom yang diadakan di Institut Genom dan Vaksin Malaysia, Bangi.
Fasa 1 Projek MyGenom kini berjaya menjujuk sebanyak 500 genom dan dianggarkan pasukan yang mengendalikan projek MyGenom akan menjujuk sebanyak 2,400 genom pada akhir Disember tahun ini dan diakhir Fasa 2 kita menjangkakan akan menjujuk sebanyak 10,000 genom.
Bagi pihak KKM, projek ini adalah penting sebagai asas kepada pelaksanaan perubatan jitu yang berpotensi merevolusikan pendekatan rawatan kesihatan berasaskan profil genetik individu dan diperibadikan dalam sistem kesihatan negara. Kajian tentang genom membolehkan kita membuat penilaian risiko penyakit, tindak balas terhadap ubat, pendekatan rawatan lebih tepat dan meningkatkan keberkesanan rawatan serta pencegahan yang lebih efektif.
![]() |
![]() |
|
Kemaskini pada 2025-04-21 10:34:19 daripada UKK Norhanita








 DAN YB TUAN CHANG LIH KANG, MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI)/2.jpg)
 DAN YB TUAN CHANG LIH KANG, MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI)/3.jpg)
 DAN YB TUAN CHANG LIH KANG, MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI)/4.jpg)

