18 April 2025- YB Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan meneruskan lawatan rasmi ke fasiliti kesihatan negeri Perak pada hari keduanya dengan melawat Klinik Desa (KD) Seri Rahmat yang beroperasi di bawah seliaan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) Batu Gajah.
Sejurus ketibaan, YB Dato Lukanisman diberikan taklimat ringkas berkaitan pengoperasian klinik yang disampaikan oleh YBrs. Dr Siti Nadia binti Abdul Mutalib, Pegawai Perubatan KD Seri Rahmat.
Klinik Desa Seri Rahmat adalah sebuah Klinik Desa Jenis 1G yang mula beroperasi semenjak tahun 1987 di tapak yang lama dan berpindah ke bangunan sementara pada tahun 2016. Tapak Klinik Desa Seri Rahmat yang lama telah dirobohkan pada tahun 2018 dan bangunan baru telah siap dibina pada 16 Disember 2024.
Ketika ini Klinik Desa ini hanya menyediakan perkhidmatan jagaan kesihatan ibu mengandung, jagaan kesihatan kanak-kanak dan jagaan kesihatan wanita meliputi populasi penduduk melebihi 15,000 orang di sekitarnya.
Semasa lawatan ini juga YB Timbalan Menteri turut merasmikan klinik ini dengan menandatangani plak sebagai simbolik perasmian.
Beliau juga meninjau kemudahan dan perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan disamping beramah mesra dengan petugas di fasiliti ini.
Turut hadir YB Tuan Tan Kar Hing, Ahli Parlimen Gopeng dan pegawai-pegawai kanan KKM.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-04-21 11:13:24 daripada UKK Norhanita








 SERI RAHMAT/1.jpg)
 SERI RAHMAT/3.jpg)
 SERI RAHMAT/4.jpg)
 SERI RAHMAT/5.jpg)

