MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

LAWATAN KERJA RASMI YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN (KK) BUNTONG, DALAM JAJAHAN KINTA, IPOH.

18 April 2025- YB Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan meneruskan lawatan ke Klinik Kesihatan (KK) Buntong, dalam jajahan Kinta, Ipoh.

KK Buntong mula beroperasi pada 20 Julai 2009, dan telah menerima purata 770 orang pesakit sehari. Antara perkhidmatan yang ditawarkan disini ialah Perkhidmatan Pakar Perubatan Keluarga, Family planning (IUCD, Implanon, etc), Khidmat Berhenti Merokok, pemeriksaan kesihatan dan wellness hub.

YB Timbalan Menteri juga telah merasmikan Kempen Kesihatan Mental bersama komuniti Buntong. Kempen ini adalah hasil inisiatif Klinik Kesihatan Buntong bersama dengan panel penasihat klinik yang bertemakan, “It’s Okay Not to Be Okay, You Are Not Alone”.

Untuk rekod, peningkatan beban masalah kesihatan mental adalah membimbangkan di mana, menurut tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023, satu juta rakyat Malaysia berusia 16 tahun dan ke atas mengalami masalah kemurungan.

Oleh itu, KKM telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menangani isu ini secara menyeluruh. Antaranya, KKM telah memperkenalkan Talian HEAL 15555, sebuah perkhidmatan sokongan psikososial yang boleh dihubungi oleh sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan berkaitan isu kesihatan mental.

Selain itu, KK Buntong turut melaksanakan National Health Screening Initiative (NHSI) yang merupakan salah satu inisiatif ANMS di bawah Teras 3, iaitu Kawalan Kesihatan Kendiri. NHSI bertujuan memperkasakan kawalan kesihatan kendiri dalam memastikan individu, keluarga dan komuniti mempunyai keupayaan, kemampuan serta kemahiran dalam menangani ancaman penyakit tidak berjangkit dengan melaksanakan saringan kesihatan.

Disamping itu, YB Timbalan Menteri turut melakukan aktiviti senamrobik bersama komuniti setempat serta petugas kesihatan KK Buntong.

Turut hadir YBrs Dr. Feisul Idzwan Bin Mustapha, Pengarah Kesihatan Negeri Perak dan pegawai-pegawai kanan KKM.

#KKMPrihatin

#SihatBersama 

#MalaysiaSihat 

#MalaysiaMADANI 

#MADANIBekerja

#TaatSetia

image image image
image image image

Kemaskini pada 2025-04-21 11:27:10 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page