MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

MAJLIS PRA-PELANCARAN MALAYSIA INTERNATIONAL HEALTHCARE (MIH) MEGATRENDS 2025 DI MANDARIN ORIENTAL, KUALA LUMPUR

18 April 2025- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah hadir merasmikan Majlis Pra-Pelancaran Malaysia International Healthcare (MIH) Megatrends 2025 di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur. MIH Megatrends 2025 dengan kerjasama strategik KPJ Healthcare Berhad yang akan berlangsung dari 25 hingga 27 November 2025 bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) ini merupakan sebuah persidangan berkaitan penjagaan kesihatan.

Mengangkat tema ‘Innovating for a Healthier Sustainable Future’, persidangan ini menghimpunkan barisan pemimpin pemikir kesihatan, penggubal dasar kesihatan, pakar klinikal, inovator serta pemain dalam industri kesihatan.

Ianya bukan sahaja menjadi platform untuk bertukar pandangan tetapi turut memberikan ruang dan peluang meneroka penyelesaian berskala dalam pelbagai bidang berorientasikan penjagaan kesihatan.

Persidangan MIH Megatrends kali ini juga signifikan dalam mencerminkan hala tuju strategik Malaysia dalam Reformasi Kesihatan Serantau sempena Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025.

#KKMPrihatin

#SihatBersama 

#MalaysiaSihat 

#MalaysiaMADANI 

#MADANIBekerja

#TaatSetia

 

image image image

Kemaskini pada 2025-04-21 11:32:15 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page