18 April 2025- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, telah menyertai Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs) Peringkat Negeri Perak di Meru, Ipoh.
Ini merupakan lokasi ke-13 keseluruhan program di mana program BeBAs ini telah disempurnakan di dua belas (12) buah negeri sejak mula dilancarkan pada Februari 2024.
Program BeBAS di Perak ini melibatkan penyertaan dua (2) Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan lapan persatuan peniaga dan wakil-wakil peniaga. Pada sesi walkabout kali ini, pemeriksaan telah dijalankan melibatkan 23 premis makanan di Jalan Meru Bestari A8 & A9, Meru dan kawasan di sekitarnya. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 5 premis makanan telah berjaya mendapat pengiktirafan premis “Bersih dan Selamat” (BeSS), dan kesemuanya mempunyai tanda larangan merokok.
Terlebih dahulu beliau turut mengadakan lawatan bagi Program Pemantauan dan Pematuhan Akta 852 di Terminal Bas Meru, Ipoh.
Turut hadir YB Tuan Sivanesan A/L Achalingam, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India Dan Integrasi Nasional, YB Dato’ Asmuni Awi Pegawai Khas Kepada YAB Menteri Besar Perak, YBhg Dato Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBrs Ts Zailina binti Abd Majid, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Keselamatan dan Kualiti Makanan) dan YBrs Dr. Feisul Idzwan Bin Mustapha, Pengarah Kesihatan Negeri Perak.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-04-21 11:55:23 daripada UKK Norhanita








 PERINGKAT NEGERI PERAK DI MERU, IPOH./1.jpg)
 PERINGKAT NEGERI PERAK DI MERU, IPOH./3.jpg)
 PERINGKAT NEGERI PERAK DI MERU, IPOH./4.jpg)
 PERINGKAT NEGERI PERAK DI MERU, IPOH./5.jpg)
 PERINGKAT NEGERI PERAK DI MERU, IPOH./6.jpg)
 PERINGKAT NEGERI PERAK DI MERU, IPOH./7.jpg)

