MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

SESI PERBINCANGAN MEJA BULAT SEMPENA PROGRAM WALKABOUT PREMIS BERSIH, BEBAS ASAP (BEBAS) PERINGKAT NEGERI PERAK BERSAMA WAKIL-WAKIL PENGUSAHA PREMIS DAN PENJAJA MAKANAN DAN BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO).

19 April 2025- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menghadiri Sesi Perbincangan Meja Bulat sempena Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs) Peringkat Negeri Perak bersama wakil-wakil pengusaha premis dan penjaja makanan dan badan bukan kerajaan (NGO) di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), Meru Raya, Perak.

Tujuan sesi perbincangan ini diadakan adalah untuk memberikan peluang kepada pengusaha kedai tempatan untuk menyalurkan sebarang pertanyaan mahupun pandangan dalam usaha menzahirkan premis makanan yang lebih selesa, indah dan bersih serta mewujudkan negara yang sihat dan bebas daripada sebarang bentuk amalan merokok menjelang tahun 2040.

Selari dengan program Walkabout ”BeBAs” yang diadakan dengan tujuan untuk meningkatkan pemahaman, sokongan dan pematuhan masyarakat terutamanya pengusaha premis makanan dan penjaja, sesi libat urus ini juga dilakukan bagi memperhalusi kerjasama antara pengusaha premis makanan dengan agensi Kerajaan, agensi swasta, rakan sukarelawan, badan profesional, dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Turut hadir YBhg. Datuk Dr Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM, YBrs. Ts. Zailina binti Abdul Majid, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Keselamatan dan Kualiti Makanan), YBrs Dr. Feisul Idzwan bin Mustapha, Pengarah Kesihatan Negeri Perak, dan pegawai-pegawai kanan KKM.

#KKMPrihatin

#SihatBersama 

#MalaysiaSihat 

#MalaysiaMADANI 

#MADANIBekerja

#TaatSetia

image image image
image image

Kemaskini pada 2025-04-21 11:50:05 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page