MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

MAJLIS PELANCARAN PENGUMPULAN DATA PENYELIDIKAN MyGENOM ZON SARAWAK 2025

21 April 2025- Projek MyGENOM diterajui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah dilancarkan secara rasmi oleh YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan dan ia mencatatkan beberapa inisiatif penting iaitu:

  • Pelaksanaan fasa lanjutan Projek MyGENOM di Sarawak, menyasarkan 10,000 genom rakyat Malaysia.
  • Rekrutmen peserta dimulakan di Miri melalui Unit Tabung Darah dan Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) hospital terlibat.
  • Fokus khusus kepada penyertaan komuniti yang kurang diwakili termasuk Bumiputera Sarawak.

Usaha ini bertujuan:

  • Mewujudkan genom rujukan negara yang inklusif dan representatif.
  • Meningkatkan keberkesanan rawatan dan pencegahan melalui pendekatan perubatan jitu (precision medicine).
  • Memperkukuh kesiapsiagaan sistem kesihatan negara terhadap cabaran masa hadapan.

Manfaat program ini:

  • Penilaian risiko penyakit dan tindak balas ubat yang lebih tepat.
  • Mengurangkan kos rawatan jangka panjang.
  • Memacu pembangunan kapasiti tenaga kerja dalam bidang genomik dan bioteknologi kesihatan.

Sarawak telah dipilih sebagai lokasi strategik bagi fasa seterusnya kerana kepelbagaian genetik dan budaya masyarakat setempat.

Fokus khusus diberikan kepada penyertaan komuniti Bumiputera Sarawak untuk memastikan hasil penyelidikan mencerminkan kepelbagaian rakyat Malaysia.

Turut hadir:

• YBhg. Datuk Dr Nor Fariza binti Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal);

• YBhg. Prof. Datuk Wira Dr Raha binti Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif, National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM);

• YBrs. Dr Murizal Bin Zainol, Pengurus Institut Kesihatan Negara (NIH); dan

• YBrs. Ami Fazlin binti Syed Mohamed, Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan, NIH.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja

 

image image image
image image

Kemaskini pada 2025-04-23 09:00:01 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page