MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

MAJLIS PERASMIAN MISI KEDUA MIRACLE BABY PROGRAMME (MBP) DI HOSPITAL PULAU PINANG

24 April 2025- Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim telah berkenan bercemar duli berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian Misi Kedua Miracle Baby Programme (MBP) di Hospital Pulau Pinang. Baginda diiringi oleh YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan.

Program ini merupakan inisiatif yang diasaskan oleh Tun Dr Ling Liong Sik, Canselor UTAR, dengan kerjasama:

  • Hospital Pulau Pinang (HPP)
  • Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
  • Sri Sathya Sai Sanjeevani Hospital (SSSSH), India

Objektif MBP:

  • Memberi peluang rawatan kepada bayi dan kanak-kanak yang menghidap Penyakit Jantung Kongenital (CHD).
  • Menyediakan kepakaran pembedahan jantung pada kos yang minimum.
  • Memperkukuhkan kepakaran tempatan melalui kolaborasi antarabangsa.

Pencapaian, sasaran dan manfaat program:

  • Misi pertama (2022): 18 bayi dan kanak-kanak berjaya menerima pembedahan pembetulan jantung.
  • Misi kedua (2025): Disasarkan membantu sekurang-kurangnya 20 lagi pesakit pediatrik.
  • Memberi kehidupan baharu kepada bayi yang sebelum ini tidak mampu mendapatkan rawatan.
  • Memperkasakan kapasiti penjagaan kesihatan jantung pediatrik negara.
  • Menjadi model inspirasi kepada kolaborasi global yang berteraskan penjagaan kesihatan untuk semua.

#MiracleBabyProgramme bukan sekadar rawatan, ia adalah simbol harapan bagi anak-anak kecil yang sedang berjuang untuk setiap degupan jantung mereka image

Turut hadir:

  • YB Tuan Gooi Zi Sen, Exco Belia, Sukan dan Kesihatan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang;
  • YBhg. Tun Dr. Ling Liong Sik, UTAR Chancellor;
  • His Excellency Mr. B.N. Reddy, Pesuruhjaya Tinggi India Ke Malaysia;
  • YBrs. Tan Sri Dato’ Dr. Sak Cheng Lum, ​Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pendidikan UTAR;
  • YBhg. Dato’ Dr. Fazilah binti Shaik Allaudin, Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang;
  • YBrs. Dr Goh Hin Kwang, Pengarah Hospital Pulau Pinang; dan
  • YBrs. Dr Sreenivas Chodagam, Pengerusi Amanah Kesihatan & Pendidikan Hospital Sri Sathya Sai.

#KKMPrihatin #MalaysiaSihat #SihatBersama #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2025-04-28 15:42:12 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page