25 April 2025- Lawatan ini adalah sebahagian daripada Program Madani Afiat, yang memberi tumpuan kepada pendekatan mesra rakyat melalui lawatan rumah ke rumah. Fokus utama adalah saringan kesihatan dan menyantuni komuniti secara menyeluruh, dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan.
Objektif lawatan:
- Menilai sendiri keadaan hidup pesakit.
- Mengenal pasti kes kemiskinan tegar yang mungkin terlepas pandang.
- Merujuk pesakit kepada agensi lain untuk bantuan menyeluruh.
- Membantu pesakit dapatkan sokongan kebajikan selain rawatan perubatan.
- Sebanyak 20 rumah telah dilawati bersama Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.
Bantuan yang disediakan KKM:
- Penjagaan Domisiliari – lawatan rumah oleh pasukan kesihatan untuk rawatan luka, pemantauan kesihatan, dsb.
- Saringan & Intervensi Awal – pemeriksaan kesihatan dan pengesanan awal penyakit seperti diabetes.
- Pinjaman Peralatan Perubatan – seperti kerusi roda, katil hospital, dan tong oksigen.
- Rujukan kepada Agensi Lain – seperti JKM, Zakat, dan NGO untuk bantuan tambahan.
Turut hadir:
• YB Dr Hafidzah Mustakim (ADUN Kota Lama)
• Dato’ Dr Mohd Azman Yacob (Pengarah, Bahagian Perkembangan Perubatan, KKM)
• Dato’ Dr Zaini Hussin (Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan)
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMadani #MADANIBekerja #MadaniAfiatKelantan
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-04-29 09:35:39 daripada UKK Norhanita















