MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

PROGRAM 10,000 LANGKAH MADANI AFIAT PERINGKAT NEGERI KELANTAN

26 April 2025- YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah hadir melepaskan peserta bagi acara 10,000 langkah Madani Afiat sempena program Madani Afiat Peringkat Negeri Kelantan.

Agenda Nasional Malaysia Sihat atau ANMS dizahirkan melalui program outreach seperti MADANI Afiat ini bertujuan;

  • Meningkatkan tahap kesedaran kesihatan dalam kalangan rakyat
  • Menjadikan rakyat Malaysia sihat sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong kesejahteraan kesihatan.

Objektif program ;

  • Mempromosikan budaya hidup sihat sebagai langkah pencegahan penyakit khususnya penyakit tidak berjangkit atau ‘Non-Communicable Diseases’ (NCDs).

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 mendapati, ramai rakyat Malaysia menghidap penyakit tidak berjangkit atau NCD secara senyap. Khusus untuk warga dewasa di Kelantan sahaja mendapati:

  • 1 daripada 6 (16.3%) menghidap diabetes,
  • 1 daripda 3 (27.9%) ada tekanan darah tinggi,
  • 1 daripada 2 (51.6%) mempunyai berat badan berlebihan atau obes,
  • 1 daripada 3 (34.9%) mempunyai kolesterol yang tinggi,
  • 1 daripada 4 (23.2%) adalah tidak aktif fizikal, manakala
  • 1 daripada 5 (21.4%) adalah perokok.

Program berjalan 10,000 Langkah adalah satu agenda reformasi kesihatan yang memacu anjakan daripada ‘Sick Care’ kepada ‘Healthcare’. Diharapkan lebih ramai rakyat Malaysia akan mengamalkan budaya hidup sihat dan secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar penyakit.

Turut hadir;

* YB Dr Norhafidzah binti Mustakim, ADUN Kota Lama

* YBhg. Dato Dr. Mohd Azman bin Yacob, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan KKM

* YBhg. Dato’ Dr. Zaini Hussin, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan.

#SihatBersama #MalaysiaMadani #MadaniAfiatKelantan #MADANIBekerja

image image image

Kemaskini pada 2025-04-29 10:27:24 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page