PROGRAM MADANI AFIAT PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2025
26 April 2025- YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan melancarkan Program Madani Afiat Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2025.
Program Madani Afiat merupakan usaha strategik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menyampaikan perkhidmatan kesihatan secara langsung kepada rakyat, dengan fokus kepada promosi kesihatan, pencegahan penyakit, dan pembudayaan gaya hidup sihat di peringkat komuniti.
Impak Program Madani Afiat Kepada Rakyat:
- Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan sejak awal usia.
- Membantu mencegah penyakit tidak berjangkit (NCD) yang semakin meningkat.
- Memperkukuh amalan kebersihan dan persekitaran bebas rokok di premis makanan.
- Meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan, termasuk kesihatan pergigian.
- Memupuk tanggungjawab bersama antara kerajaan dan masyarakat dalam membina komuniti sihat.
Pelancaran Dua Inisiatif Sempena Program Madani Afiat:
- Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs): Inisiatif memperkasakan amalan kebersihan dan bebas asap rokok di premis makanan, kini diperluas ke Kelantan dengan 13 premis menerima pengiktirafan BeSS.
Kempen Kesihatan Pergigian 6020: Kempen yang menyeru rakyat untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 20 batang gigi asli menjelang usia 60 tahun, selari dengan matlamat penjagaan kesihatan sepanjang hayat.
- Penambahan Aset Kesihatan bagi Rakyat Negeri Kelantan:
Dua Klinik Pergigian Bergerak baru dilancarkan untuk daerah Bachok dan Jeli, dilengkapi kemudahan moden bagi meningkatkan akses rawatan.
Usaha untuk kekal sihat adalah tanggungjawab semua, kerana kesihatan yang baik membolehkan kita menikmati kualiti hidup lebih tinggi, kekal aktif dalam komuniti, dan merealisasikan aspirasi Malaysia MADANI yang sihat dan sejahtera.
Turut hadir;
* YB Dr Norhafidzah binti Mustakim, ADUN Kota Lama
* YBhg. Dato Dr. Mohd Azman bin Yacob, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan KKM
* YBhg. Dato’ Dr. Zaini Hussin, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan.
#SihatBersama #MalaysiaMadani #MadaniAfiatKelantan #MADANIBekerja
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
|
Kemaskini pada 2025-04-29 10:44:17 daripada UKK Norhanita
















