1 Mei 2025- Sidang Kemuncak Eksekutif HIMSS Malaysia 2025 telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, YB Dato Lukanisman Awang Sauni, sebagai komitmen untuk memperkukuh transformasi digital dalam sistem kesihatan negara.
Healthcare Information and Management Systems Society (HIMSS) ialah sebuah organisasi global yang memfokuskan kepada inovasi teknologi dalam bidang penjagaan kesihatan. Sidang kemuncak ini menghimpunkan pemimpin kesihatan, inovator teknologi, dan penggubal dasar bagi membincangkan hala tuju digitalisasi kesihatan di Malaysia dan peringkat antarabangsa.
Objektif Persidangan HIMSS Malaysia 2025:
- Mendorong Transformasi Digital Kesihatan Nasional
Memperkukuh peranan teknologi digital seperti EHR, AI, dan data besar dalam meningkatkan sistem penjagaan kesihatan Malaysia.
- Mewujudkan Kerjasama Strategik Antara Sektor Awam dan Swasta
Menggalakkan perkongsian ilmu, pengalaman, dan inovasi antara kerajaan, hospital swasta, industri teknologi, dan akademik.
- Memperkasakan Tenaga Kerja Kesihatan Melalui Teknologi
Menyediakan pendedahan kepada platform digital dan latihan klinikal moden bagi mengurangkan beban kerja serta meningkatkan keberkesanan rawatan.
- Menyokong Pembiayaan Kesihatan Berasaskan Data dan Nilai
Membincangkan pendekatan baru dalam pembiayaan kesihatan yang lebih mampan, adil, dan dipacu oleh data kesihatan nasional.
- Meningkatkan Kualiti dan Keselamatan Pesakit
Menekankan penggunaan teknologi untuk mengurangkan kesilapan perubatan, mempercepat diagnosis, dan meningkatkan kepuasan pesakit.
Tentatif persidangan:
- Ucapan oleh YBrs Simon Lim, Pengarah Urusan dan Naib Presiden Eksekutif APAC, HIMSS
- Ucapan oleh YBrs Dr Dhesi Raja, Pengerusi Panel Penasihat APAC, HIMSS
- Pembentangan oleh YBrs Dr Mahesh, Pengarah Bahagian Kesihatan Digital, Kementerian Kesihatan Malaysia
KKM komited untuk menerajui transformasi digital kesihatan negara melalui dasar yang kukuh, sokongan teknologi, dan kerjasama strategik.
![]() |
![]() |
|
Kemaskini pada 2025-05-06 14:42:16 daripada UKK Norhanita












