MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

MAJLIS PENYERAHAN BLOK BERTINGKAT (MULTI STOREY BLOCK) DI HOSPITAL SEBERANG JAYA, PULAU PINANG

2 Mei 2025- Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, dan Menteri Kerja Raya YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi hadir bersama ke Majlis Penyerahan Blok Bertingkat (Multi Storey Block) di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Pembinaan Blok Bertingkat ini bukan sekadar satu pembangunan fizikal, tetapi lambang kesungguhan kerajaan dalam memperkukuh sistem kesihatan awam. Projek ini akhirnya direalisasikan setelah lebih satu dekad dinantikan, menjanjikan akses perubatan yang lebih baik untuk warga Seberang Perai dan kawasan sekitarnya.

Objektif Pembinaan Hospital:

  • Menambah kapasiti perkhidmatan kesihatan di zon utara Semenanjung
  • Mengurangkan kesesakan di hospital sedia ada, khususnya di Hospital Pulau Pinang
  • Menyediakan rawatan sub-kepakaran secara lebih dekat dan mudah diakses
  • Meningkatkan mutu dan kecekapan perkhidmatan kepada rakyat

Blok tambahan 9 tingkat lengkap dengan:

  • 316 katil tambahan (kapasiti keseluruhan kini 729 katil)
  • 6 dewan bedah baharu (jumlah keseluruhan 11 dewan bedah)
  • 7 jenis wad pelbagai disiplin termasuk ICU dan HDU

Penawaran sub-kepakaran penting seperti:

  • Otorinolaringologi (ENT)
  • Kardiologi Pediatrik
  • Perubatan Rehabilitasi
  • Menjadi pusat rujukan zon utara untuk Kardiologi & Kardiotorasik Pediatrik

Disiapkan sepenuhnya pada 12 April 2025 dengan Jumlah Kos Pembinaan sebanyak RM486.2 juta. Hospital Seberang Jaya ini merupakan sebuah projek yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (2012)

  • Kesihatan rakyat adalah keutamaan, dan inilah bukti nyata bahawa kerajaan mendengar, merancang dan bertindak untuk kesejahteraan semua. Projek ini bukti pelaksanaan prinsip Malaysia MADANI: Ihsan, Kesejahteraan dan Keterangkuman.

Turut hadir, YB Gooi Zin Sen, Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Pulau Pinang, YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg. Dato’ Zainal Alhakab bin Seman, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Kerja Raya dan barisan tetamu kehormat yang lain.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMadani #MADANIBekerja

image image image
image image image

Kemaskini pada 2025-05-06 14:50:22 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page